Bismillahirrahmanirrahim.
Tak sampai pun setengah sem, aku kian menjadi busy. Sibuk. In shaa Allah dengan perkaraperkara yang Allah suka.
Dengan rangka kerja untuk projek kumpul dana ke China lagi, jadi setiausaha bagi lajnah islah, serta person in charge untuk sahabat aqsa.
Seriously, bila aku fikir semula, it's very possible for me nak handle semua ni dengan assignment yang bertimbun dan tak start apaapa lagi. How can i do this? Bermacam2 soalan menerjah minda aku. Dengan nak study lagi, berprogram lagi, dan bermacam2 lagi. Wow. Ini sangat osem untuk aku. Haha. Yelah, tak biasa menyibukkan diri kan. Gini lah jadi. But, supposely aku fikir, how can i manage my time. Tu yang penting. Sebenarnya, banyak je masa singgang aku berbanding akak2 osem aku ni, but, diorang boleh je bahagikan masa antara study dan tarbiyyah? Takkan aku tak boleh? Pfffttttt..!
Lagi satu, course yang aku amek ni pun, tade la sepayah course diorang. Kan? Aku, hanya course dakwah, tak senang tak susah. But, diorang, course mantap2. Akaun la, Fizik la, Chemist la, Law la, Fiqh fatwa la, ISA la, tapi, pengelibatan diorang dalam tarbiyyah, laju gila! Kalah lipas. Erk.
Tapi, camtu la nak kata. Mereka yang belajar lagi payah atau susah ni, diorang lebih commit nak join DnT (baca:DakwahdanTarbiyyah), dan lebih banyak mengendalikan program2 kat sini. Pehhh!
Salute habis! Dulu. Sebenarnya, aku pernah meremehkan cara kerja diorang yang agak slow, sebab aku ni produk keluaran akak2 lepasan tarbiyyah New Zeland. Diorang bergerak sangat laju dan sistematik. Susah nak nampak cela, ukhuwwah pun, mantap gila. Then, bila pass masuk Usim, aku antara insan2 yang tercicir dan agak lambat dapat usrah. Sedih gila. Tapi aku tak salahkan akak2 ni pon. Salah aku sendiri. Dah lama tak dapat usrah, aku pon lari sekejap. Main2 dengan jahiliyyah. Seriously, sebab aku rasa alone. No one approach me. Tapi silap aku jugak, sebab aku yang tak approach diorang. Tapi, tapi, aku tak sepatutnya menghukum DnT dengan kembali pada jahiliyyah. Itu silap besar aku. Once kita balik pada jahiliyyah, kita adalah orang yang paling bodoh. Dan, aku masa tu, dari hari ke hari, hilang sedikit2 nikmat yang aku kecapi masa dalam DnT dulu. Aku jadi semakin kurang berkeyakinan, lemah. Takde sesiapa yang mampu menguatkan. Bila aku dipanggil untuk join usrah, aku datang. Tapi, hati tu tak meresap pun dengan apa yang naqibah sampaikan. Then, tukar naqibah dan kekal till now. Masa naqibah kedua ni, aku rasa something yang lain. Aku rasa nak berubah. Aku hanya mampu berperang dengan diriku sendiri.
Sesiapa yang pernah rasa, pasti tahu. Berat. Allah uji aku dengan benda yang aku lemah. Tapi, dah lamalama, dia guide aku nak kembali. Alhamdulillah, Dia mudahkan. Jahiliyyah aku? sedang slow2 aku tinggalkan. Ada lagi, dan aku sedang cuba untuk meninggalkan. Memang susah pon, tapi, moga Allah ganjari setiap mujahadah aku tu. Amin. Dan, akhirnya, bila aku start nak berubah, aku ambil keputusan masuk R.I (baca: Rumah Islam), di mana aku akan duduk bersama akak2 tarbiyyah, penggerak. Cuma satu aku harap, aku dapat islah kan diri aku jadi yang lebih baik dan dalam masa yang sama, aku mapu ajak orang lain islah kan diri diorang jugak. Tu visi aku duduk dengan diorang ni. Sebelum memasuki rumah akhawat yang bernama kahfi ni, aku telah dipesan oleh senior akhawat kahfi, dia kata, jangan expect semua akhawat tu perfect. Because, they are human too. Aku faham. Semua orang tak lari daripada kesilapan, dan kita semua berukhuwwah pun untuk sampai ke syurga dan sentiasa ada untuk saling mengingatkan. Dan, bila jejak dalam rumah ni, ada beberapa dugaan yang aku tempuhi. Allah uji dengan apa yang aku lemah. Sampai aku tak mampu nak memaniskan muka, dan menangis. Aku cuba belajar lapangkan dada. Aku tahu, dia belum faham. Andai dia tahu itu perkara yang mampu merosakkan ukhuwwah, dia pasti takkan buat. Aku tahu, mereka yang benarbenar faham, tak semudah tu menggores perasaan orang lain. Kan? Sebab tu, sejujurnya aku lebih rapat dengan akak2 yang bawa usrah or naqibah je. Sebab diorang sangat menyenangkan, dan buat aku tertarik nak berubah. Sebab tu perlu, qudwah sebelum da'wah. Agar kita tak jadikan fitnah kepada orang yang kita bawa (baca: mad'u). Banyak yang aku belajar walaupun baru sekejap aku bersama mereka. Dan sekarang, aku sedang berlatih menjadi seorang yang boleh bergerak. Aku sedang mula untuk bekerja, belajar untuk korbankan masa, tenaga, dan harta aku sendiri. Dan, inilah jihad yang menuju kepada Allah. Ini lah sebenarnya medan aku. Medan perjuangan aku. Aku juga perlu belajar membahagikan masa, supaya semua kerja aku siap dalam masa yang ditetapkan.
Inilah jalan yang aku pilih, dan seharusnya aku bersedia dari segi ruh dan jasad untuk jalan ini.
Seperti kata arwah akh iman, Tarbiyyah itu adalah nadi, mana mungkin aku bisa hidup tanpanya!
Rasanya, post kali ni macam terlalu panjang untuk dibaca. Maklum lah, termasuk cerita silam aku sekali.
Moga setiap penulisan itu bermanfaat. Sehingga bertemu lagi. In shaa Allah.
wassalam.
*minit mesyuarat tak siap lagi. Hadehh.*
No comments:
Post a Comment