Sunday, 27 April 2014
oh! nikmat rupanya ujian :D
Bismillah.
Rasa macam lama tak update. Ya. selama aku tak update, selama itu lah aku hanyut.
27 April 2014. Hanya tuhan tahu bahawasanya tarikh ni sangat membuatkan hati aku terluka.
Mungkin, all things happen sebab aku. Takpe lah. memang silap aku. tapi.. kenapa tak bagitahu aku yang sebenar? Allah simpan hikmah yang besar sebenarnya. Baru aku akan going back to turning point.
Allah. Allah. Pening sangat kepala. Sebab terlalu banyak air mata aku keluar untuk ini. Perkara tak berfaedah gamaknya. Malu bila Rasulullah tengok. Aaaaa.
okay. that's not the point. Point nya, aku tahu Allah panggil aku pulang ke jalan yang sebenar.
Bila fikir fikir balik, sebenarnya aku yang pilih jalan ni, sebab tu aku kena face benda ni even sorang sorang.
First time kena gini. Takpe la, tu semua pengajaran. Fikir dan pandang daripada sudut yang positif. Masa macam ni jugak didik aku jadi seorang yang positif.
Tuhan tak beri apa yang kita mahu, tapi Dia beri apa yang kita perlukan.
Tengok, tanpa sedar, hikmah yang kita dapat besar :)
Bersangka baik dengan setiap apa yang Allah uji. In shaa Allah kita jumpa hikmahnya..
Mungkin Allah juga nak aku sedar apa yang aku buat salah. Allah taknak orang macam aku jadi fitnah pada agama. Hmm. Nauzubillah. Bila fikir balik, aku ni banyak mendatangkan fitnah pada agama.
Allah, ampunkan aku.
Ni baru Allah tarik sikit je nikmat, tu pon aku dah menggelabah tahap taktau nak kata apa.
Ni nikmat yang aku suka. Tapi, aku tak rasa macam ni pon masa Allah tarik nikmat hilangnya kefahaman terhadap agama. Teruknya aku.
Tak feel nak nanges atau guling2 macam harini aku buat.Insan apa aku ni? Allahurabbi.
Macam mana lah Allah boleh nak pandang aku bila aku susah?
Aku sendiri yang kufur nikmat. :(
Sungguh, bila Allah jentik aku dengan ujian, aku tersedar. Manusia bukan tuhan untuk disembah dan dipuja.
Sumpah. Selama ni tanpa sedar aku memuja manusia melebihi Pencipta!
Ilah twist jadik manusia. Sobs.
Tengok lagi, betapa, Allah tersangat menyayangi aku walaupun banyak kemungkaran yang aku buat.
Allah stay jugak bantu aku bila aku kata aku perlukan hati yang kuat nak terima semua ni. Ya. Kuat sangat.
Lagi satu, terobek jugak sepanjang harini. Aku lebih sedih bila kehilangan manusia daripada kehilangan Tuhan. Bukti, aku tak guling2 sedih bila buat dosa. Tapi, bila manusia yang Allah tarik, aku mula gundah gulana.
Itu lah kut hujah supaya aku tak perlu sedih bila Allah hilangkan manusia yang aku puja daripada hidup aku.
Kerana Allah masih mahu aku terus mengingati Dia. :')
Kerana itu aku pasrah bila Allah hantar ujian gini.
Kita yang start, kita yang harus berani hadapi. :)
Takdir tu berdasarkan apa yang kita pilih, bukan lah memang ketentuan Allah semata-mata.
Alhamdulillah, aku diuji!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
.jpg)
No comments:
Post a Comment