Percubaan.
Alhamdulillah.
setelah lama memendam perasaan nak ber'belog',
akhirnya dapat juga membina nya.
syukur sahaja yang mampu ku ucapkan.
tatkala melihat orang lain sibuk berkarya,
terdetik juga rasa di hati ingin berkarya.
Mudah-mudahan,
penulisan saya ini ada sedikit sebanyak baiknya.
Mungkin saya tak sehebat penulis penulis yang terkemuka,
tapi saya tetap ingin mencuba ber'belog' begini.
Pada saya,
ber'belog' begini,
begitu hebat impaknya.
ada yang mampu tersedar bila sibuk menelaah karya-karya di 'belog',
ada yang mampu menetes air mata saat membaca,
ada yang jadi tersentap dengan bait-bait kata walaupun tidak memaksudkan dirinya,
dan berbagai-bagai ragam lagi.
Dan saya pasti,
saya dan anda pernah berperasaan seperti itu.
lafazkan saja rasa syukur.
Tika itu Allah mahu mengetuk pintu hati kita.
sama ada kita mahu membuka atau tidak.
andai kita lembutkan hati untuk menerima,
sudah pasti anda menjadi insan yang terpilih olehNya!
Alhamdulillah.
saya sudah jelaskan tujuan saya sekaligus niat saya.
moga tidak tersasar.
mohon Allah sentiasa menegur jika niat itu mula menyimpang.
selamat berjaulah bersama kehidupan saya.
moga yang baik itu dijadikan panduan,
yang keji itu, minta ditegur.
wallahu'alam.
No comments:
Post a Comment