Saturday, 8 October 2016

Journey with Mary Kay


Bismillah.

Assalamualaikum everyone. Hi, hope semua sihat. siapa la rajin baca blog kita ni haha.
Harini suka sangat nak share tentang journey kita dengan Mary Kay.

Pernah dengar tak Mary Kay tu apa? salah satu skincare antarabangsa yang sangat menitik beratkan
mutu dan kualitinya. cemana saya boleh kenal Mary Kay?
melalui satu skincare class semasa saya berda di tahun akhir. first jumpa je dah jatuh cinta pandang pertama. tak tipu. sebab saya salah seorang penggemar alat kecantikan. haha
siapa tak suka nak cantik kan? bagi aku cantik bukan nak ditunjuk, tapi untuk dikekalkan. tak perlu la melebih-lebih, tapi sekadar mengekalkan dan bantu juga orang lain menjaga penampilan. tak gitu? hihi

Okay lah, nak cerita. penat sebenarnya nak cerita, tapi nak jugak cerita haha. dulu, saya pengguna produk-produk lokal, sebab teringin. tu je. nak kata ada masalah takde lah sangat, tapi mengada. sampai satu tahap, saya nak cari produk semulajadi, at least tak peeling. search punya search teringat Mary Kay. try tengok testimoni. scroll2 kat fb, nampak sorang kawan ni post tentang Mary Kay. terus contact dia haha. sebab jenis aku, kalau nak sangat, memang gila nekad. tu buruknya sikit aku hahaha. so bole bayang if apa aku nak, aku mesti kena dapat! haha

and my journey start when aku sign up jadi beauty consultant terus. haaaaaa, sebab aku memang dah suka dengan Mary Kay since first time jumpa. apalagi, start lah dengan merawat muka dengan treatment set. tak sekejap ye anak-anak. it take time to heal from peeling product. u guys can see, betapa jerawat-jerawat i keluar through the detox period. hanya tuhan yang tahu cemana aku hadap benda ni hahaha. aku pegang satu ja, 'beauty is pain' hahaha. so, buat selamba ja haha. tapi ada ja kutuk muka aku berjerawat. kuang hajo. haha. siap suruh sental lagi, tapi aku diam ja. dalam hati aku doa hang dapat bini menggerutu haha. kidding2. tapi betul la haha. whatever man, aku da cantik jangan menggatal kau dekat. memang orang first aku reject! hahaha

okay balik pada topik, selepas 5 bulan, muka semakin pulih. dan masa tu aku dapat keyakinan nak promot produk Mary Kay. sebab aku rasa sekarang musim orang nak get back to natural product. even Mary Kay take time nak pulih or get to normal skin, tapi actually it worth untuk jangka masa panjang. Biar lah orang kata mahal, tapi takkan sebab kita nak jaga kulit kita sanggup keluar duit sikit and finally kulit kita jadi makin teruk? is it worth? tapi sebenarnya Mary Kay tak semahal yang disangka.. trust me, once u guna, u takkan menyesal, sebab aku dah laluinya.

And now nak masuk bulan keenam aku guna Mary Kay and still counting. haha. sbb Mary Kay best sangat. muka kita jadi seimbang lembapan dan minyak. nak ke arah kulit normal la. kalau dulu, ya ampun, sekejap je dah rasa berminyak. pakai foundation lokal pun, tengahari dah minyak-minyak. tapi bila dengan Mary Kay, sebab skincare kita dah merawat kulit muka kita, kita pakai foundation pun memang tak minyak selain foundation Mary Kay sendiri yang tak berminyak. Aku share berdasarkan pengalaman aku guna berbagai produk lokal yang dah banyak aku pakai. I dont know la if all local skincare yang aku pernah pakai tu tak sesuai dengan muka aku ke tak, tapi at the end, muka aku stay berminyak.

and paaaaling best dengan Mary Kay ni, kita akan ada consultant yang akan guide kita guna produk sampai kulit muka kita sihat. so, bila dah beli dengan depa, bagi ja soalan banyak banyak banyak hahaha. sampai sekarang, aku still buli beauty consultant aku dgn macam-macam soalan and she still jawab dan sabar haha. bagus kan depa ni, dah di'train' bantu orang sampai berjaya. setakat ni, aku tak jumpa lagi consultant yang akan guide sampai macam tu haha. that's why aku bersama Mary Kay. aku tahu ramai ja nak jaga kulit, tapi malu-malu. tapi jangan risau, aku boleh ja bantu asal hangpa sanggup nak berubah. eh, tetiba haha. tapi cenggitu la. stop local product and try our product. u will satisfied :)

rasanya sekadar ni je lah kut sharing aku yang pertama tentang Mary kay. In shaa Allah will be share tentang Mary Kay lagi. sebab Mary Kay ni bestttt. yang mana-mana ada sebarang persoalan boleh lontarkan pada kita tau. dont worry, saya tak sombong hihi.

Last but not least, bole contact saya through facebook, farhana kusiani. Instagram, farhanakusiani
or nak lagi dekat, boleh whatsApp saya, 0137497951 :) salam kenal semua orang! xoxo

okay sekian untuk entry kali ni :) Assalamualaikum.










Tuesday, 9 August 2016

Nak luah perasaan

Bismillah.

Serious taktau nak letak tajuk apa entri kali ni. dan tiba-tiba aku jadi rajin nak tulis, sebab dengar lagu saleem, tinggal kenangan.
And automatik kenangan yang paling terusik jiwa aku muncul, main-main kat mata. how dare. buat aku sedih je. haha
Buat apa kenang, bukan boleh putar nak get back. ah, pasrah! rasa nak jerit kuat-kuat. ni bila perempuan macam aku inner dia dah tak tahan. well, aku jenis tak suka cerita kat orang. sometimes, i sketch or menangis. benda paling buat aku heal gila.
kehidupan aku sekarang baru nak get back pada normal, setelah beberapa lama aku cuba move on. sakit woi. dah nya siapa suruh gatal pergi start? u deserve it farhana! ha ha ha.
but actually, aku bersyukur Allah bagi aku semangat nak hidup, bila fikir akhirat, fikir umi abi along adik. i just sit down and cry. kenapa benda ni aku kena lalu sorang-sorang dalam keadaan jauh dari family?
no. aku yang pilih. tapi, selalu nya Allah hadirkan insan-insan lain yang tolong juga warnakan hari-hari aku yang semakin pudar. kenapa jadi macam ni? sbb aku salah langkah dalam atur hidup.
dan sampai saat ni, aku masih cari balik sebab-sebab aku kena kuat.
tapi, tak semudah tu melangkah dalam hidup. sikit-sikit Allah tabur ujian. ujian yang paling aku lemah.
dan sedari tu juga aku sedar, tempat sandar aku hanya pada Dia. aku taknak balik pada zaman silam, sebab aku tahu akhirnya aku sakit. sakit sangat. manusia boleh berubah. dan kau nanti tinggal sendiri tepi-tepi laluan kehidupan meratap menangis merenung nasib diri.
sumpah aku serik.
tapi, yela, manusia mana faham erti sakitnya seorang aku. yang diorang tau nak test aku. hampa.
sebab tu hubungan aku dengan tuhan kena strong, supaya Allah mudahkan untuk tapis benda-benda yang pancing aku pada neraka. doakan aku.
biarlah, biar sampai masa tuhan aturkan segalanya. biar betul-betul sedia, aku pun dah start capai impian aku, dan tiba-tiba jumpa makhluk tuhan berjiwa ikhwah ke. haha. ada ke jiwa ikhwah nak akhawat jiwa tak akhawat? sobs.
takpe la, yang penting soleh pd pandangan tuhan dah memadai. ceh, demand. ops, pahal pasal ni.

semoga farhana yang sekarang lebih berjiwa besar, tabah, solehah, nak buat apa-apa fikir dulu dan yang baik-baik lah. dan semoga Allah pelihara diri ini dari insan-insan yang berniat jahat.

actually, aku penat nak counting people yang sibuk nak approach hidup aku. dulu, yela. sekarang, no more. bajet matang. haha

doakan farhana kuat ya! :)

Sunday, 10 July 2016

Live your live to the fullest!

'Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia baik bagimu, boleh jadi kamu menyukai sesuatu padahal ia buruk bagimu, sesungguhnya Allah mengetahui apa yang tak kamu ketahui'

Yup. anything happen ada reason dia. tak sesuatu pun jadi sia-sia. we meet each other pun sebenarnya ada reason, supaya kita saling mengenal antara satu sama lain selain mengambil hikmah daripadanya.

Allah beri perpisahan pun ada hikmah, supaya kita belajar menerima segala takdir yang ditentukan. sebab isi dunia bukan milik kita, kenapa kita harus mati kerana isi dunia?

Live your live to the fullest, selagi hidup, maknakan hidup. kau deserve to be happy. so what habiskan sisa masa dengan bersedih? Speed up our amal, kalau sebelum ni banyak nya lompong-lompong, apakata sekarang kita penuhkan. kalau sebelum ni kita selalu beralasan bila pergi majlis ilmu, kenapa tak sekarang kita penuhkan masa kita dengan menghadiri majlis-majlis yang dipayung malaikat? Shift our paradigm.

Allah mungkin rindu nak kita merintih, menangis, merayu, meminta pada Dia. Dia rindu nak nampak kita ada dalam kelompok orang soleh. Orang kata, kalau nikmat beramal hilang, carilah di celah-celah orang soleh :)

And tetiba aku jumpa satu ayat tadi, so touch my deep heart. terhenti kejap bila baca,

'Dan apabila Kami berikan nikmat kepada manusia, dia berpaling dan menjauhkan diri (dengan sombong), tetapi apabila ditimpa malapetaka maka dia banyak berdoa'.

Rasa tertampar sangat. Its totally berlaku pada kita kan. Bila kena ketuk baru sibuk nak menjemput Allah dalam doa. Masa senang, Allah pun selalu kita lupa.

Aku pun dah besar, almost 23 years. Sepatutnya apa pun yang dah berlaku buat aku jadi matang, bijak dan semakin dekat pada Allah. Bukan jauh terbabas sampai lupa jalan nak pulang.

Aku ingat lagi cemana aku takut nak berdoa biar Allah bagi aku yang terbaik, redhakan segala yang berlaku. Sebab aku takut kehilangan benda yang paling aku cintai. Tapi Allah ajar aku perlahan-lahan, singkapkan sedikit demi sedikit kenapa Dia tak bagi aku begini dan begitu. Memang asyik menangis je, tapi at the end Allah tunjuk why i need to make a decision as i decide now. Semoga keputusan aku Allah redha.

Berjalan lah di atas muka bumi dengan kerendahan, dan biar istikharah jadi peneman. Aku ada Tuhan, ada manusia yang boleh support untuk aku teruskan kehidupan. Kerana dunia bukan menjadi kejaran..

Wallahu'alam.